My Add

Sunday 25 November 2012

PM Thailand berdepan usul undi tidak percaya

BANGKOK, AHAD, 25 November, 2012: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini berdepan perdebatan usul undi tidak percaya yang dilancarkan pembangkang di Parlimen, sehari selepas tunjuk perasaan politik bertukar menjadi ganas di sini.

Bagaimanapun, usul yang turut menyasarkan tiga menteri lain itu kelihatan tipis untuk diluluskan oleh dewan perundangan yang dikuasai parti pimpinan Yingluck, Puea dan parti komponennya.

"Perdana Menteri gagal memimpin negara ini seperti yang dijanjikan. Beliau membenarkan rasuah," kata Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Demokrat, Jurin Laksanavisit pada pembukaan perbahasan yang dijadualkan selama tiga hari.

"Beliau juga membenarkan orang luar untuk mempengaruhinya dan mengawal pentadbirannya," katanya yang merujuk kepada abang Yingluck, iaitu bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. - AFP

No comments:

Post a Comment