My Add

Monday 26 November 2012

Polis buru wanita saksi kes dadah

KUANTAN, AHAD, 25 November, 201: Polis hari ini meminta seorang wanita supaya hadir sebagai saksi pada perbicaraan kes seorang lelaki didakwa mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini pada 27 November ini.

Wanita berkenaan, Safiah Muhammad, 38, beralamat terakhir di 439, Felda Bukit Kuantan, dinamakan sebagai saksi pendakwaan dalam kes itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, wanita berkenaan turut ditahan bersama lelaki terbabit, 40, pada 29 Julai lepas, jam 6 petang dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 23 Jalan Jerangau-Jabor.

"Wanita berkenaan telah dibebaskan sebelum ini dan pihak pendakwa raya menamakan wanita itu sebagai saksi dalam kes berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini.

Bagaimanapun, wanita itu kini tidak dapat dikesan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi balai polis berdekatan, katanya.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Badah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan selepas polis menemui 453 gram dadah jenis heroin dalam keretanya pada hari kejadian. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment