Program ijazah di 32 politeknik tahun depan
SEREMBAN, KHAMIS, 22 November, 2012: Program ijazah bakal dilaksanakan di 32 buah politeknik seluruh negara mulai tahun depan melalui kerjasama dengan universiti tempatan bagi melahirkan graduan profesional serta memenuhi kehendak pasaran kerja.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, lonjakan itu merupakan langkah strategik dalam meletakkan graduan politeknik ini lebih perkasa, selain meningkatkan imej lulusan diploma politeknik yang sedia ada.
"Tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Maka bagi tujuan itu, jabatan ini akan terlebih dahulu memberikan pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment