My Add

Friday 23 November 2012

Kerajaan negeri jangan halang bantuan

*NOH Omar memotong reben sebagai tanda perasmian pejabat baharu Pembangunan Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor di Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR, KHAMIS, 22 November, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan negeri tidak lagi menghalang sebarang projek pengairan atau bantuan aktiviti pertanian di negeri ini kerana perkara itu melibatkan kepentingan petani dan pesawah.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sebelum ini banyak menghalang bantuan yang disalurkan kepada golongan petani di Selangor.

Beliau berkata, ini termasuk projek pembinaan kolam takungan air untuk pesawah di Sungai Haji Dorani dan projek mendalamkan terusan utama serta membersihkan Sungai Tengi di Kuala Selangor bagi menangani masalah kekurangan air pada masa depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment