My Add

Thursday, 22 November 2012

PROPEL turut siasat nahas pekerja di Gopeng

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 November, 2012: Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) sedang bekerjasama dengan polis untuk menyiasat punca kemalangan yang mengorbankan empat pekerjanya di Km294.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), menghala ke utara berhampiran Gopeng awal pagi semalam.

"Kami sangat terkejut dan sedih dengan kemalangan ini, walaupun pekerja kami dan syarikat sentiasa mematuhi langkah keselamatan yang ketat.

"Kami kehilangan staf bernilai dan keluarga mereka kehilangan bapa, suami, abang dan anak lelaki.

"Keluarga mereka menghadapi kesukaran dan kami akan menghulurkan bantuan termasuk kepada pekerja kami yang sedang dirawat di hospital," kata PROPEL dalam satu kenyataan.

Pekerja itu termasuk empat pekerja lain yang cedera dilapor dilangar treler ketika melakukan kerja penyelenggaraan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment