My Add

Sunday 11 November 2012

Prosedur pertukaran guru disemak

SUNGAI PETANI, SABTU, 10 November, 2012: Kementerian Pelajaran akan menyemak semula prosedur pertukaran guru supaya golongan itu akan lebih faham mengenai kriteria-kriteria yang diguna pakai kementerian dalam proses berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, semakan yang menyeluruh itu akan dilakukan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian termasuk mengambil kira polisi sedia ada dan melakukan kemas kini data guru-guru di seluruh negara.

Katanya, bagi Disember tahun ini, pihaknya menerima permohonan pertukaran 12,884 guru sekolah rendah dan 9,788 guru sekolah menengah, namun hanya permohonan 1,922 guru sekolah rendah serta 1,319 guru sekolah menengah diluluskan.

"Mengenai masalah pertukaran ini, kita faham isu ini dan amat bersimpati sebab ketika mula bertugas, tiada masalah tetapi masalah mula timbul selepas guru berkahwin dan mempunyai anak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment