My Add

Wednesday 21 November 2012

PRU-13 beberapa minggu lagi?

BEAUFORT, RABU, 21 November, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini terus memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terlalu hampir.

Justeru, beliau menyeru seluruh ahli komponen parti Barisan Nasional (BN) supaya terus menggiatkan usaha bagi memastikan kemenangan besar BN.

"Orang kata PRU-13 tidak lama lagi mungkin dalam beberapa minggu lagi? Tetapi bila Perdana Menteri dapat ilham bubar Parlimen barulah pilihan raya. "Jadi saya mahu tahu di Kuala Penyu kalau esok pilihan raya apakah kita akan terus menang?" katanya ketika berucap dalam majlis bersama rakyat Kuala Penyu di Padang Pekan Kuala Penyu, Sabah hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment