My Add

Friday 23 November 2012

Pulau Pinang, Kedah tidak sepakat isu bayaran air mentah

*SEBAHAGIA nelayan pantai Parlimen Balik Pulau gembira menerima bantuan sara hidup nelayan di Kompleks MPPP, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

BALIK PULAU, KHAMIS, 22 November, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menyifatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan Pas Kedah tidak sepakat berhubung isu bayaran premium bekalan air mentah antara kedua-dua buah negeri.

Menurut Helmi, sebagai kerajaan yang mendakwa kononnya berjiwa rakyat perbincangan seharusnya diadakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung pembayaran itu.

“Kita boleh lihat Bajet 2013 negeri Kedah yang menyatakan kerajaan Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah kepada kerajaan Kedah.

“Sepatutnya perkara itu tidak timbul jika ada kerjasama antara mereka, namun berlaku sebaliknya sehinggakan perkara ini dibangkitkan semula," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan kawasan itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment