Syor raja-raja Melayu pantau pilihan raya
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 NovEMBER, 20122: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya mengesyorkan raja-raja Melayu untuk menjadi pemantau proses pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu memastikannya adil dan telus berbanding meminta bantuan negara luar.
Menurut Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC, Datuk R. Ramanan, hal ini kerana raja-raja Melayu dan sultan mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam institusi negara serta mampu menjamin proses pilihan raya yang adil.
Tegasnya, tindakan Anwar merayu campur tangan Australia disifatkan satu usaha membawa masuk pengaruh luar dalam politik Malaysia.
''Kenapa perlu minta bantuan kuasa asing. Sekarang minta bantuan Australia, kemudian hari minta bantuan Israel pula.
''Sekiranya mahu pilihan raya umum yang adil dan telus, kenapa perlu campur tangan orang luar, kenapa tidak minta raja dan sultan yang mempunyai kedudukan tertinggi memantau proses tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment