My Add

Sunday 4 November 2012

RM300j untuk pembangunan belia pada 2013

KOTA KINABALU, AHAD, 04 November, 2012: — Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan kira-kira RM300 juta dalam Belanjawan Negeri 2013 bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan belia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, antara kementerian yang akan menerima peruntukan untuk tujuan itu ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

"Semua peruntukan itu bertujuan membantu golongan belia di Sabah termasuk dari segi latihan dan kemahiran.

"Ini sekali gus menunjukkan bahawa kerajaan negeri benar-benar prihatin terhadap kepentingan belia di Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan program kempen derma darah peringkat negeri “Setitis Darah Seribu Makna” anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah dan Puteri Umno Sabah di Palm Square, Centre Point di sini, hari ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, dalam Belanjawan Negara 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut memberi faedah kepada belia termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0). Sebelum ini, katanya BR1M 1.0 hanya diberikan kepada ketua isi rumah sahaja

Musa berharap golongan belia tidak terperangkap dan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang cuba memperjuangkan nasib golongan belia semata-mata untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment