My Add

Friday 23 November 2012

RM88.59 juta majukan Orang AslI

*SHAFIE Apdal mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Ke-10 di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA 22 Nov. - Kerajaan memperuntukkan RM88.59 juta bagi program pembangunan Orang Asli mulai tahun depan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, program itu membabitkan pembangunan ekonomi, infrastruktur awam, bekalan air, pembangunan manusia dan minda, serta kemudahan-kemudahan lain yang sesuai.

''Peruntukan itu diluluskan dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Ke-10 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah penghargaan kepada dua pelajar Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cheding (Asli) Banting, Selangor kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan Battlebot Pintar peringkat kebangsaan di Nusajaya, Johor pada 15 November lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment