*PARA penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membaca akhbar Utusan Malaysia ketika menghadiri raptai Konvokesyen USIM Ke-10 di Nilai, dekat Seremban, semalam. |
Menurut seorang pengunjung, Aishah Abu Bakar, 22, karnival itu membolehkan pengunjung khususnya mahasiswa dan mahasiswi melengkapkan diri secara komprehensif bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran kerja.
"Saya gembira kerana berpeluang menyertai program ini yang memberi banyak manfaat terutamanya kepada penuntut seperti kami.
"Pelbagai maklumat boleh diperoleh termasuk berkenaan syarat kelayakan pekerjaan serta tawaran yang dibuat agensi kerajaan mahupun swasta," katanya ketika ditemui di tapak karnival di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM di Nilai dekat sini hari ini.
Bagi Nurhidayah Kadir, 23, penganjuran karnival berkenaan memudahkan mahasiswa mengisi kekosongan jawatan mengikut kesesuaian dan kemahiran individu masing-masing.
"Peluang sebegini tidak boleh dilepaskan lebih-lebih lagi dalam era serba kompetitif ini," jelas mahasiswa tahun akhir ijazah Pentadbiran Muamalat USIM itu.
Seorang lagi pengunjung, Nurmasitah Muhamad, 22, berkata, program itu merupakan platform terbaik kepada mahasiswa mengetahui perkembangan pasaran kerja.
"Pelbagai informasi serta panduan berguna boleh didapati melalui program ini seperti di gerai promosi, pameran dan taklimat oleh pakar.
"Ini merupakan pendedahan yang amat diperlukan seseorang mahasiswa sebelum menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Job House Sdn. Bhd., Sam Elias berkata, faktor utama graduan tempatan sukar mencari pekerjaan masa kini adalah kerana kegagalan melengkapkan diri dengan kriteria dan kehendak pasaran kerja.
"Buat masa ini, ramai graduan kita gagal menyediakan data peribadi yang baik selain teknik yang tepat ketika menghadiri temu duga.
"Mereka perlu mengambil tahu keperluan dan permintaan dunia pekerjaan masa kini," katanya ketika menyampaikan taklimat dalam karnival itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment