My Add

Sunday 25 November 2012

Rock melon akan dipromosi

KUALA LUMPUR, SABTU, 24 November, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meningkatkan promosi buah rock melon dalam kalangan rakyat negara ini memandangkan buah tempatan itu mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, rock melon adalah antara buah-buahan tempatan yang mempunyai nilai komersial tinggi.

"Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) juga mengambil contoh buah rock melon, memberi gambaran betapa tingginya nilai komersial buah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sijil penghargaan Malaysia Book of Records untuk rekod pai rock melon terbesar di negara ini.

Pai yang dimasak sendiri oleh 18 pelatih serta dua tenaga pengajar daripada pusat latihan GiatMara Klang seberat 186.5 kilogram dan berdiameter dua meter itu mempunyai ketebalan sehingga 10 sentimeter.

Mengenai pai rock melon tersebut, Noh berkata, sepotong pai berkenaan dijual dengan harga RM5 dan wang hasil jualannya akan diserahkan kepada tabung untuk membantu rakyat Palestin.

Menurut Noh, beliau menjangkakan lebih RM1,000 berjaya dikumpulkan hasil jualan pai terbesar di Malaysia itu.

"Setakat ini sambutannya amat baik. Saya lihat tadi ada pembe - UTUSAN

No comments:

Post a Comment