My Add

Sunday 25 November 2012

Sekatan ke atas nelayan Palestin dikurangkan

GAZA, ahad, 25 November, 2012: Israel semalam meringankan sekatan ke atas nelayan Palestin dengan membenarkan mereka menangkap ikan di kawasan perairan sejauh 6.9 kilometer daripada tepi pantai (km) berbanding 4.8 km sebelum ini.

Ia dipercayai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang dianjurkan Mesir selepas lapan hari berbalas serangan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Perisikan Mesir, Ra’fat Shehada kepada Perdana Menteri Hamas, Ismail Haneya. Namun Israel tidak dapat mengulas lanjut.

Mesir dan Israel dijangka akan mengadakan satu lagi pertemuan bagi membincangkan aspek lain mengenai gencatan senjata itu, Isnin ini. - DPA

No comments:

Post a Comment