My Add

Monday 26 November 2012

Saman Anwar: Mahkamah tolak permohonan Khairy

 KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 201: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengetepikan perintah berhubung pembelaan beliau dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng, yang membuat keputusan itu dalam kamar, menolak permohonan Khairy dengan kos RM30,000.

Di luar mahkamah, peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar berkata, dalam keputusannya, mahkamah berpendapat afidavit Khairy tidak mempunyai merit.

Beliau berkata, mahkamah juga berpendapat Khairy mengambil mudah prosiding pada 13 Ogos dan menetapkan 26 Dis untuk perbicaraan kes saman itu.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy, pula berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dan permohonan penangguhan prosiding bicara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment