My Add

Sunday 18 November 2012

Saya mahu menjadi khadam - Abdul Hadi

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 2012: Pas menyifatkan soal siapa menjadi Perdana Menteri akan hanya ditentukan apabila tiba masanya selepas pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, fokus utama parti itu pada masa sekarang adalah untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, individu yang layak untuk menjadi Perdana Menteri adalah mereka yang diterima serta dapat menyatukan rakyat dengan menegakkan keadilan.

"Saya sanggup jadi nelayan, sebolehnya saya mahu menjadi khadam untuk negara dan rakyat, siapa yang layak dan tiba masanya siapa yang layak akan menjadi Perdana Menteri.

"Saya anggap ini satu amanah yang berat dan besar. Ini satu tanggungjawab, apa yang penting kita menang dulu, Kalau tidak menang, macam mana mahu menjadi Perdana Menteri?" katanya dalam sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Ke- 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment