My Add

Tuesday 13 November 2012

Segera bertaubat, segera tarik balik kenyataan - Noh Gadut

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Mana-mana pihak yang tersalah mentafsir hukum atau ayat Allah SWT, diwajibkan untuk bertaubat dan menarik balik kenyataan dibuat dengan segera kerana kegagalan berbuat demikian bakal mengundang kekeliruan kepada umat Islam.

Sehubungan itu, semua pihak yang bukan ahli agama termasuk ahli politik digesa supaya tidak sewenang-wenang mentafsir ayat al-Quran serta hukum Allah SWT menggunakan hawa nafsu dan akal kerana tindakan tersebut hanya akan membawa kemudaratan besar kepada umat Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, hal-hal berkaitan mentafsir ayat al-Quran perlu dilakukan oleh orang berilmu kerana perkara tersebut tidak boleh dipermainkan sesuka hati.

Tegasnya, hanya orang yang layak sahaja boleh mengupas sesuatu permasalahan dan bercakap mengenai hal-hal berkaitan hukum Allah SWT. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment