My Add

Tuesday 13 November 2012

Angkat ideologi politik bapa

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Golongan muda di negara ini menyelar sekeras-kerasnya kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama dengan menyifatkannya sebagai berbahaya kepada kedudukan agama Islam dan akidah ummah.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili generasi itu berkata, tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut membuktikan hakikat Nurul Izzah berjuang untuk kepentingan keluarganya semata-mata terutama dalam mengangkat ideologi politik bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan demi kepentingan rakyat terutama umat Islam.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, rata-rata golongan muda terkejut dengan kenyataan terbaru Nurul Izzah itu memandangkan selama ini beliau tampil dengan imej Islamik di khalayak ramai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment