My Add

Friday 9 November 2012

Selepas 22 tahun tertinggal, rakyat Kelantan perlu bangkit

RANTAU PANJANG, KHAMIS, 08 November, 2012: Rakyat Kelantan perlu bangkit melakukan transformasi politik setelah 22 tahun dilihat ketinggalan dalam arus pembangunan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat Kelantan perlu memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) akan datang bagi membolehkan pembangunan dilaksanakan dengan lebih terancang.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pembangunan negeri ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang sekiranya kerajaan negeri diterajui oleh BN.

Sambil menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13, beliau turut yakin rakyat negeri ini sebenarnya juga tidak sabar menunggu saat itu kerana inginkan perubahan.

"Mereka tahu kerajaan BN adalah yang terbaik, yang mampu melakukan perubahan rakyat dan negeri," katanya berucap dalam majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment