My Add

Saturday 3 November 2012

Serangan lanun di Lautan Hindi masalah serius: Badan Serantau

NEW DELHI, SABTU, 03 November, 2012:: Serangan lanun adalah masalah serius di Lautan Hindi, memberikan ancaman kepada perdagangan maritim dan keselamatan pelaut, kata Mesyuarat ke-12 Majlis Menteri-menteri Persatuan Kerjasama Serantau Lingkaran Lautan Hindi (IORARC).

Senario ini, katanya, menaikkan harga insurans dan mengakibatkan kos tambahan kepada industri perkapalan di rantau itu.

“Tadbir urus yang lemah dan ketidakstabilan di bahagian rantau itu yang telah menyumbang kepada peralihannya menjadi jenayah tersusun transnasional," kata perkumpulan 20 ahli itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat itu yang diadakan di Gurgaon, New Delhi.


Menteri Luar India Salman Khurshid sementara itu berkata 80 peratus daripada dagangan tenaga dunia melalui kawasan ini dan dengan peralihan pertumbuhan ekonomi ke Asia, ia akan menjadi lebih penting kepada perspektif strategik negara-negara anggota.

Perkumpulan itu juga menggesa penambahbaikan pelabuhan dan di rantau ini.
Persatuan 15 tahun itu menerima kemasukan anggota ke-20 iaitu Kesatuan Comoros.

Anggota-anggota lainnya ialah Australia, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Kenya, Madagascar, Malaysia, Mauritius, Mozambique, Oman, Seychelles, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Emiriyah Arab Bersatu dan Yemen.
Mesyuarat itu juga menyaksikan kemasukan Amerika Syarikat sebagai rakan dialog keenamnya selepas China, Mesir, Perancis, Jepun dan United Kingdom. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment