My Add

Saturday 3 November 2012

148,000 orang mendaftar BR1M2 dalam tempoh dua hari: Ahmad Husni

IPOH, SABTU, 03 November, 2012: Seramai 148,000 orang sudah mendaftar secara atas talian untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia Ke-2 (BR1M 2) dalam tempoh dua hari sejak semalam.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ia di luar jangkaan dan menunjukkan keberkesanan pendaftaran secara atas talian untuk BR1M buat pertama kali.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pecah Tanah Rumah Anak Yatim dan Miskin Budi Mulia Nurul Huda di Tanah Hitam, Chemor, dekat sini pagi tadi. - BH

No comments:

Post a Comment