My Add

Sunday 25 November 2012

Siapa ketua pakatan pembangkang?

Oleh SOFIAN BAHAROM
 KUALA LUMPUR, SABTU, 24 NovEMBER, 2012: Rakyat negara ini diminta tidak memilih pembangkang sebagai peneraju negara kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan proses pentadbiran kerajaan Pusat menjadi tidak terkawal berikutan berlaku perebutan jawatan Perdana Menteri oleh ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan berkenaan kini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sekiranya pembangkang memegang tampuk pemerintahan negara pastinya berlaku pelbagai pertikaian yang akan menjejaskan pembangunan negara sekali gus aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020 akan terbantut.

"Kepimpinan pakatan rakyat amat mengelirukan rakyat Malaysia, tidak seperti parti politik yang lain di seluruh dunia. Siapakah pemimpin utama dalam parti DAP? Pengerusi atau Setiausaha Agung.

"Siapakah pemimpin utama dalam parti Pas pula? Mursyidul Am atau Presiden parti? Siapa pula pemimpin utama dalam PKR? Ketua Umum atau Presiden parti?" soalnya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 baru-baru ini, Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), jelas Zamil, kesemua 14 parti komponennya bersatu hati dalam menyatakan, sekiranya kemenangan berpihak kepada BN, Perdana Menteri ialah Datuk Seri Najib, Tun Razak dan hal ini langsung tidak pernah menjadi pertikaian mereka sejak dahulu lagi.

"Saya percaya rakyat Malaysia tidak pernah mendengar bahawa parti-parti komponen dalam BN menyuarakan kehendak mereka untuk meletakkan wakil masing-masing menjadi Perdana Menteri. Ini bermakna BN mempunyai sistem dan permuafakatan yang sangat tersusun berbanding pembangkang," kata beliau.

Menurutnya, kedudukan kepimpinan dalam pakatan pembangkang sama seperti suasana dalam 'perkahwinan gay' yang mana orang ramai tidak tahu siapa ibu dan siapa bapa mereka.

"Persoalan utama adalah bagaimana pakatan rakyat hendak memilih calon Perdana Perdana melalui amalan demokrasi. Hanya Hadi Awang sahaja yang telah dipilih secara demokrasi," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment