Abdul Jalil |
Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Novenber, 2012: Akibat malu dan terdesak untuk mendapatkan wang setelah hamil tanpa suami, ramai wanita warga Indonesia yang tinggal di negara ini sanggup 'dipelihara' oleh sindiket pemerdagangan bayi.
Sindiket yang diibaratkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai 'kilang penternak manusia' itu akan menjaga wanita terbabit sepanjang tempoh hamil sehinggalah mereka selamat melahirkan anak.
Bayi itu kemudian dijual oleh sindiket kepada mana-mana individu yang berminat mengambil anak angkat dengan bayaran antara RM15,000 sehingga RM50,000.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, kegiatan pemerdagangan bayi mendapat permintaan tinggi khususnya daripada pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment