Barack Obama |
WASHINGTON, 31 Oktober, 2012: Sokongan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pencabar Republikan dalam tinjauan pendapat menjelang pilihan raya didapati sama kuat.
Obama hanya mendahului satu peratus mata ketika pilihan raya presiden bakal bermula 6 November depan, menurut tinjauan Reuters/Ipsos, kelmarin.
Obama mendahului Romney 48 peratus berbanding 47 peratus, penurunan satu peratus mata bagi Obama dan kenaikan sama bagi Romney berbanding tinjauan Ahad lalu.
“Perkembangan terbaru tinjauan menunjukkan tidak banyak perubahan berlaku. Ia menunjukkan persaingan memang sengit. Tidak mungkin keadaan ini akan berubah sehingga hari pengundian,” kata peninjau sokongan, Julia Clark.
Mengundi awal
Tinjauan menunjukkan 22 peratus pengundi berdaftar sudah mengundi lebih awal. Dalam kalangan mereka, 58 peratus mengundi untuk Obama dan 39 peratus memilih Romney.
Dalam tinjauan undi popular, Romney mendahului beberapa mata, tetapi Obama masih memegang kelebihan tipis berdasarkan persaingan mengikut negeri bagi mencapai sokongan 270 delegasi Kolej Pemilih bagi menduduki Rumah Putih.
Dalam tinjauan terbaru GWU/Politico/Battleground pula, Obama kembali mendahului satu mata selepas ketinggalan tiga mata minggu lalu.
Sementara itu, dalam tinjauan CNN/ORC di Florida, persaingan makin hebat dengan Romney mendahului satu mata. - Agensi

No comments:
Post a Comment