My Add

Thursday 1 November 2012

'Orang kerajaan' bantu pemberontak Syria


  *ASAP tebal menyelubungi bangunan selepas jet pejuang Tentera
  Udara Syria yang setia kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad
  melepaskanpeluru berpandu, di Marat al-Numan, berhampiran
  wilayah utara Idlib, Syria,hari ini. - Foto REUTERS
Belot jual senjata, peluru kepada penentang mahu guling Bashar al-Assad

ALEPPO, 31 Oktober, 2012: Kerajaan Syria memang musuh ketat mereka tetapi pemberontak yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad sanggup membayar harga tinggi kepada ejen kerajaan untuk membeli bekalan senjata dan peluru.

Bagi pemberontak Syria, memiliki senjata adalah masalah berterusan. Marah dengan kegagalan Barat membekalkan senjata berat, mereka tidak ada pilihan lain selain mencari sumber alternatif.

Di negara yang mewajibkan perkhidmatan negara, konflik kali ini juga menyaksikan saudara menyebelahi pihak bertentangan.

Tak sukar cari orang tengah

Ada pemberontak yang belot daripada tentera berkata, tidak sukar mencari orang tengah atau rakan lama untuk membantu.

“Kami beli di pasar daripada pengintip Bashar,” kata Mejar Abu Mahar ketika berada di gimnasium yang diubah suai pemberontak menjadi markas di Aleppo.

Dia mendakwa mengetuai 200 lelaki melancarkan misi khas terhadap tentera kerajaan. Namun seperti unit lain, mereka cuma bersenjata mesingan, pelancar bom tangan, raifal dan roket serta bom buatan sendiri.

Tujuh raifal Kalashnikov tergantung dalam keadaan terbalik dan sekotak peluru terletak di sudut pejabat Abu Mahar.

Dia berpaling tadah musim panas lalu daripada tentera udara dan seperti pemberontak lain, terus berhubung dengan pelbagai cawangan tentera kerajaan.

Abu Mahar berkata, sebutir peluru berharga 110 pound Syria (RM4.80) yang dibeli daripada orang kerajaan berbanding RM6 di pasar senjata, tanpa menyebut lokasi pasar itu.

Dia juga mendakwa, kebanyakan bekalan peluru kumpulannya diperoleh daripada shabiha, perkataan yang digunakan untuk merujuk militan diupah kerajaan.

“Kami membelinya daripada ejen talam dua muka, mereka perlu duit. Duit perkara utama bagi shabiha. Mereka tidak peduli perkara lain. Jika anda beri wang, mereka akan jual ibu mereka kepada anda,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment