My Add

Saturday 24 November 2012

Suami bunuh isteri, kekasih

*ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa bunuh di Kampung Changkat, dekat Taman Greenwood, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 November, 20122: Sepasang kekasih warga Indonesia dipercayai dibunuh oleh suami wanita berkenaan di rumah pasangan suami isteri itu di Kampung Changkat dekat Taman Greenwood dekat sini hari ini.

Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi selepas jiran mereka mendakwa terdengar bunyi bising dari rumah berkenaan namun hanya disedari oleh seorang saudara wanita itu yang mengunjungi rumah mangsa pukul 10 pagi ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan, mayat kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah.

"Siasatan awal mendapati pembunuhan ini bermotifkan cemburu kerana suspek yang bekerja di Pulau Pinang dilihat penduduk berkeliaran di kampung ini sejak beberapa hari lalu dipercayai untuk memerhatikan pergerakan isterinya yang dikenali sebagai Rokiah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment