My Add

Saturday 24 November 2012

Tiga cawangan Al-Ikhsan dirompak dalam tiga minggu

*GAMBARyang dirakamkan melalui CCTV menunjukkan suspek (kanan) mengugut penjaga kaunter menggunakan baton renjatan elektrik di cawangan Al- Ikhsan di pekan Rawang, semalam.

KUALA LUMPUR. JUMAAT, 23 NovEMBER, 2012: Premis pengedar barangan dan pakaian sukan milik bumiputera, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) terus menjadi sasaran penjenayah apabila tiga premisnya di sekitar Lembah Klang dirompak dalam tempoh tiga minggu sepanjang bulan ini.

Jika pada Julai lalu, dua rompakan berlaku dalam tempoh seminggu di Al-Ikhsan cawangan Ampang dan Gombak, kali ini ia melibatkan Al-Ikhsan cawangan Sungai Buloh, Wangsa Maju dan Rawang, masing-masing dirompak pada 5, 16 dan 22 November lalu.

Ternyata kes tersebut membimbangkan pihak pengurusan syarikat itu kerana ia menjadikan lapan buah cawangan Al-Ikhsan telah dirompak dalam tempoh enam bulan tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment