My Add

Tuesday 27 November 2012

Subahan pertahan Rajagobal latih Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal mempertahan Datuk K. Rajagobal untuk kekal sebagai jurulatih Harimau Malaya pada saingan Piala AFF Suzuki 2012.

Beliau berkata, pada masa ini tidak timbul soal meminta pengendali berusia 56 tahun itu meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Harimau Malaya ketika menentang Singapura dua hari lepas.

"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya ketika ini untuk meminta Rajagobal meletak jawatan atau menggugurkan mana-mana pemain kerana saya percaya kita mampu menepati sasaran mara ke separuh akhir.

"Saya yakin skuad Harimau Malaya mampu mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya," kata beliau kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Subahan meminta penyokong setia Harimau Malaya agar tidak cepat putus asa dan berharap mereka akan terus memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan dalam mengharungi saingan piala berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment