My Add

Monday 19 November 2012

Tiga lot kedai terbakar

NORHIDAYU MOHD HASSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Tiga lot kedai yang terletak di Batu 12, Puchong di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Kejadian disedari beberapa orang awam selepas melihat api marak dari salah sebuah kedai berkenaan sebelum menghubungi balai bomba.

Pegawai Operasinya, Mohd Saim Tamam berkata, tiga jentera bersama 18 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Petaling Jaya serta Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.55 malam.

“Kebakaran dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya dalam tempoh 10 minit dan punca kebakaran sedang disiasat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment