My Add

Friday 23 November 2012

Tindakan Anwar rayu Australia tidak bijak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 November, 2012: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah disifatkan sebagai tidak bijak.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Samsul Abadi Mamat berkata, kenyataan Ketua Pembangkang itu kononnya bagi membuktikan beliau mempunyai hubungan baik dengan Australia tetapi akhirnya ditolak oleh negara berkenaan.

“Anwar sendiri tidak boleh selesaikan masalah dalaman parti sebaliknya berharap orang luar menyokongnya, macam mana hendak membela nasib rakyat pada masa depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr memaklumkan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment