My Add

Thursday 8 November 2012

Tindakan tegas terhadap peniaga ingkar - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi Skim Kawalan Harga Perayaan Deepavali.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan membuat pemantauan menyeluruh bagi memastikan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan dan mempamer tanda harga berwarna merah jambu untuk 14 barangan terkawal bermula hari ini hingga 17 November.

"Untuk hari ini dan esok, kami akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga sebelum tindakan diambil memandangkan kami telah memberi notis di media massa mengenai barangan kawalan," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan pertama pelaksanaan skim itu di Pasar Besar Sentul di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment