My Add

Saturday 24 November 2012

Transformasi bidang pertanian bawa hasil positif: PM


*PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memasukkan varieti padi MR 269 ke dalam mesin pelerai selepas melancarkan padi berkenaan di Laman Padi dekat Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), Taman Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini. - Foto Nashairi Mohd Nawi

SERDANG, SABRRRRTU, 24 November, 201: Transformasi dalam bidang pertanian yang disaran oleh kerajaan telah memberikan pencapaian yang positif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata pencapaian positif tersebut adalah kerana transformasi atau lonjakan yang telah diusahakan bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian adalah melalui inovasi.

"Melihat kepada pencapaian dalam sektor pertanian pada suku ketiga tahun ini, sektor agro makanan telah menyumbangkan sebanyak RM6.7 bilion kepada KDNK," katanya berucap merasmikan pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 dan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2012 di hari ini.

Perdana Menetri berkata ini membuktikan bahawa transformasi dalam bidang pertanian telah dan sedang berlaku.

Beliau berkata subsektor tanaman makanan, ternakan dan perikanan masing-masing mencatat pertumbuhan positif iaitu sebanyak RM2.6 bilion atau 7.6 peratus, RM1.7 bilion atau 7.1 peratus dan RM2.4 bilion atau 4.7 peratus.

"Manakala nilai eksport bahan makanan bagi tempoh Januari hingga Jun 2012 pula adalah sebanyak RM9.9 bilion iaitu peningkatan sebanyak 2.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Untuk memastikan sektor pertanian terus maju, beliau berkata kerajaan buat pertama kalinya telah memberi peruntukkan yang besar iaitu sebanyak RM5.8 bilion dalam Belanjawan 2013.
Beliau berkata kerajaan menyedari kepentingan bidang pertanian serta potensi industri ini secara menyeluruh.

"Sektor pertanian akan terus dipacu bagi meningkatkan pendapatan negara bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi selain dari memastikan kelestarian bekalan makan terjamin," katanya.

Berlangsung selama 10 hari bermula 24 November hingga 2 Disember, MAHA edisi ketujuh dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

MAHA kali ini menyaksikan penyertaan 2,240 syarikat tempatan termasuk dari 23 negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment