My Add

Friday 16 November 2012

Viva Palestin rayu bantuan segera untuk penduduk Gaza

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 NovEMBER, 2012: Viva Palestina Malaysia (VPM) merayu sumbangan bekalan dan kewangan daripada rakyat Malaysia bagi membantu penduduk Palestin yang menghadapi tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza.

Pengerusinya Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya akan segera menghantar RM50,000 sebagai dana kecemasan ke Gaza dan lebih banyak dana diperlukan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata bekalan amat diperlukan termasuk makanan, air, ubat-ubatan, pakaian dan selimut musim sejuk.

Dr Musa berkata mereka yang ingin menderma boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Azra di talian 016-2094500, Azian (012-2115749) dan Hamidah di nombor telefon 012-2170918.

Manakala sumbangan wang tunai boleh dibuat melalui akaun Maybank bernombor 5643-2460-1324 atau menyerahkan sendiri kepada Pertubuhan Viva Palestina Malaysia di alamat Block C, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

Aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza sejak dua hari lepas telah mengorbankan 12 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita hamil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment