My Add

Wednesday 21 November 2012

Yayasan Keamanan Global Perdana lancar Tabung Kecemasan Gaza

 8DR. Mahathir Mohamad menyampaikan sumbangan cek kepada Paola Manduca (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Tabung Kecemasan Gaza di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Norian Mai (kanan). - UTUSAN/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR, SELASA, 20 November, 201: Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan Tabung Kecemasan Gaza bagi membantu penduduk di wilayah itu selepas tindakan Israel melancarkan serangan bom yang menyaksikan jumlah korban kini meningkat kepada lebih 100 orang.

Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin di Gaza akibat kezaliman rejim Israel turut mendapat simpati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

"Kita sendiri tidak ada jaringan itu, sebab itu kita sanggup mengagihkan sumbangan yang akan diterima dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sama ada di dalam atau luar negara yang boleh menolong penduduk di Gaza. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment