My Add

Tuesday 22 January 2013

120 belia bermotosikal bantah Ketua Menteri Pulau Pinang

KUALA KANGSAR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Kira-kira 120 belia bermotosikal berhimpun di Dataran Pekan Kati di sini bagi membantah cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Dalam perhimpunan aman kira-kira sejam itu, mereka turut membawa pelbagai poster yang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Selepas perhimpunan, mereka bergerak ke Balai Polis Pekan Kati bagi membuat laporan berhubung perkara tersebut dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Guan Eng.

Mereka kemudian berkonvoi di beberapa jalan sekitar Kati sebagai simbolik bantahan terhadap isu tersebut.

Wakil kumpulan itu, Sayed Jabael Hisham Sayed Imran berkata, perhimpunan tersebut bertujuan mengingatkan semua pihak supaya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam semata-mata untuk mengejar kuasa politik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment