My Add

Tuesday 22 January 2013

Pas jangan tunduk walau dipaksa keluar

IPOH, ISNIN, 21 Januari, 2013: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pemimpin Pas supaya mempertahankan keputusan Majlis Syura parti itu bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam meskipun berdepan kemungkinan dipaksa keluar daripada pakatan pembangkang.

Harussani menegaskan, Pas tidak wajar bertolak ansur atau membiarkan mana-mana pihak termasuk DAP memecah-belahkan umat Islam dalam soal menegakkan akidah.

"Sekarang agama kita sudah tercemar. Dalam soal mempertahankan akidah, Pas tidak bolehlah bertolak ansur. Kita bukan cakap fasal politik, kita bercakap fasal akidah yang mesti kita pertahankan.

''Kalau kerana mempertahankan akidah Pas dipaksa keluar (pakatan pembangkang) sekalipun, maka wajiblah Pas keluar. Kenapa Pas perlu mengalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment