My Add

Wednesday 2 January 2013

2013 tahun penubuhan Palestin



  *PRESISEN Palestin, Mahmoud Abbas (tengah) menyalakan obor dalam
  satumajlis meraikan sambutan ulang tahun ke-48 pergerakan Fatah di
 
Ramallah,Tebing Barat, kelmarin. - REUTERS

RAMALLAH, SELASA, 01 Januari, 2012: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berikrar, Palestin akan mencapai status sebuah negara merdeka tahun ini.

Beliau berkata, kejayaan mendapat pengiktirafan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada bulan lalu merupakan 'sijil kelahiran' buat negaranya.

"Kita sudah ada sijil kelahiran dan kita akan mara sehingga mencapai kemerdekaan.

"Tahun ini adalah tahun kita menubuhkan sebuah negara dan mencapai kemerdekaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis meraikan sambutan ulang tahun ke-48 pergerakan Fatah di Tebing Barat.

Fatah hari ini menyambut ulang tahun pergerakan itu di Genting Gaza buat pertama kali, sejak pergerakan Hamas merampas kuasa pada 2007.

Walaupun mencapai pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendapat sokongan antarabangsa dalam penubuhan negara Palestin, Israel yang masih menjajah Tebing Barat, mengekalkan kawalan ketat ke atas pergerakan rakyat dan barangan di Genting Gaza serta timur Baitulmaqdis.

Rundingan damai secara langsung antara Israel dan Palestin bermula pada September 2010, namun gagal selepas beberapa minggu ekoran perbalahan mengenai pembinaan penempatan haram Yahudi.

Usaha masyarakat antarabangsa untuk membawa semula kedua-dua pihak ke meja rundingan setakat ini masih gagal.

Di bawah satu rundingan anjuran Mesir baru-baru ini, kedua-dua pihak mencapai perjanjian awal damai yang perlu dilaksanakan pada April lalu namun sehingga hari ini masih belum berlaku.

Abbas sebelum ini menggesa Israel melaksanakan perjanjian awal itu. - AFP

No comments:

Post a Comment