My Add

Wednesday 2 January 2013

Suami, teman wanita cedera diserang isteri

PADANG BESAR, RABU, 02 Januari, 2013: Padah mempunyai hubungan sulit, seorang lelaki bersama kekasihnya cedera diserang isteri dan tiga anaknya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kaki Bukit, di sini, petang kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku selepas lelaki berusia 39 tahun itu ditemui isterinya dalam keadaan berdua-duaan dengan pasangannya yang juga seorang guru berusia 43 tahun di rumah mereka, jam 3.30 petang.

Ketika itu, isteri lelaki terbabit dikatakan baru pulang ke rumah bersama tiga anak mereka berusia antara 10 hingga 16 tahun.


Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata isteri lelaki terbabit yang menyedari perkara itu naik berang sebelum berlaku pergelutan antara ketiga-tiga mereka.

“Selepas melihat pergaduhan itu melarat sehingga ada yang cedera, tiga anak kepada pasangan itu cuba meleraikan pergaduhan.

“Pasangan suami isteri terbabit serta guru wanita berusia 43 tahun berkenaan yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. Mereka dirawat sebagai pesakit luar,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment