My Add

Sunday 27 January 2013

30 maut dalam rusuhan jalanan di Mesir

PORT SAID (Mesir), AHAD, 27 Januari, 2013:: Satu rusuhan jalanan menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di Port Said, di sini semalam selepas 21 penyokong kelab bola sepak tempatan dijatuhi hukuman mati atas kesalahan merusuh di bandar terusan itu.

Keganasan berkenaan muncul sehari selepas sembilan terbunuh sejurus protes dilancarkan terhadap Presiden Mohamed Morsi pada ulang tahun kedua pemberontakan Mesir menentang Hosni Mubarak, krisis terburuk yang beliau hadapi sejak mengambil kuasa pada Jun lalu.

Kekecohan tercetus hanya beberapa minit selepas Mahkamah Kaherah menjatuhkan hukuman mati terhadap peminat kelab Port Said yang menyebabkan kematian 74 penyokong semasa keganasan selepas perlawanan bola sepak pada Februari lalu.

Dalam tunjuk perasaan itu, penunjuk perasaan menyerang balai polis dan menyusun beberapa biji tayar. Manakala saudara-mara tertuduh, bertelagah dengan pasukan keselamatan untuk cuba menyerbu masuk penjara di mana defendan sedang ditahan. - AFP 

No comments:

Post a Comment