My Add

Sunday 27 January 2013

8 lelaki warga Myanmar dihadap ke mahkamah seludup 474 rakan senegara

ALOR SETAR, AHAD, 27 Januari, 2013: Lapan lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyeludup 474 rakan senegaranya ke negara ini secara haram di kawasan Pantai Kok di Langkawi pada 30 Disember Lalu.

Semua lelaki berusia antara 20 dan 52 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 di hadapan Hakim Mohd Rosli Osman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.  - BH

No comments:

Post a Comment