My Add

Sunday 13 January 2013

7 kereta terbakar angkara khianat di Georgetown

GEORGETOWN, AHAD, 13 Januari, 2013: Tujuh kereta yang diletakkan di tingkat tiga parkir Flat Taman Jade, Bukit Gambir di sini, hangus dalam kebakaran dipercayai perbuatan khianat, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kejadian pada jam 5 pagi itu memusnahkan kereta jenis Honda City, Proton Satria dan dua Perodua Myvi sementara tiga lagi kereta jenis Proton Waja, Proton Iswara serta Proton Wira mengalami kerosakan kecil.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari kereta Honda City kerana terdapat kesan simbahan bahan bakar ke atas badan kenderaan itu," katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Kesekaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment