My Add

Sunday 27 January 2013

ADUN DAP dibidas, gagal laksana amanah rakyat

*BEKAS ahli DAP, Tan Tuan Huat (tengah) diapit Yap Kon MIn (kiri) dan Tan Chee Cheong mengadakan sidang akhbar berkenaan Exco DAP Selangor Ronnie Liew di Taman Petaling, Petaling Jaya, semalam.

KUALA LANGAT, SABTU, 26 Januari, 2013: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok, Philip Tan daripada DAP hari ini dibidas kerana gagal menjalankan tugas serta tanggungjawabnya menjaga kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.

Bekas pemimpin DAP, Yap Kon Min mendakwa, kegagalan dilihat menerusi tindakan Philip yang dikatakan tidak mengagihkan bantuan buku latihan sekolah kepada pelajar yang layak di kawasan DUN berkenaan meskipun telah mendapat bantuan tersebut daripada kerajaan negeri sebelum ini.

Tegasnya, sebagai ADUN, beliau sepatutnya mengedarkan bantuan yang dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah rendah dan menengah yang kurang berkemampuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment