My Add

Sunday 27 January 2013

Ahli demonstrasi di pejabat DAP

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

*DAVID Dass (tengah) bersama beberapa ahli DAP mengadakan bantahan secara aman berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat di hadapan pejabat DAP Negeri Sembilan KemayanSquare, Seremban, semalam 

RASAH, SABTU, 26 Januari, 2013: Kemuncak kemarahan ahli akar umbi DAP berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu terserlah hari ini apabila mereka mengadakan bantahan secara aman di pejabat DAP negeri di Kemayan Square di sini.

Bantahan terhadap penipuan keputusan CEC itu dihadiri oleh beberapa pemimpin DAP cawangan yang sebelum ini telah pun membuat laporan berhubung isu itu kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini baru-baru ini.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass memberitahu, pihaknya tidak akan berganjak daripada terus mendesak parti membersihkan imej yang tercalar selepas terdapat penipuan dalam pemilihan CEC. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment