![]() |
KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Kesibukan dengan aktiviti riadah dapat mengelakkan golongan remaja daripada hanyut dalam dunia percintaan.
Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan berkata, apabila seseorang remaja mempunyai hobi atau minat tertentu, sekali gus dapat menghentikan seketika kecenderungan mereka untuk aktif mencari pasangan.
Perasaan cinta itu merupakan fitrah manusia. Namun jika perasaan itu terus dipupuk terutama dalam kalangan remaja, dikhuatiri akan mengundang nafsu dan seterusnya maksiat.
Oleh itu, saya menyeru remaja mahupun golongan pelajar dapat memenuhkan masa mereka dengan aktiviti berfaedah agar perasaan cinta dan berkasih sayang itu boleh dilupakan seketika supaya tumpuan kepada pelajaran tidak diabaikan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment