My Add

Sunday 27 January 2013

Pelajar juara pertandingan lagu P. Ramlee

*MOHD. Taufiq Mohd. Rodzi (kiri) Mohd. Hanizam Azman (tengah) dan Intan Madura Zulkifli bersama replika cek setelah diumumkan juara pertandingan menyanyi sempena Jelajah Tribute P. Ramlee di Sungai Petani, Kedah semalam.

SUNGAI PETANI 26 Jan. - Pertandingan karaoke lagu-lagu P. Ramlee dan Saloma sempena Jelajah Tribute P. Ramlee di Amanjaya Mall di sini hari ini menyaksikan seorang pelajar, Mohd. Taufiq Ahmad Rodzi, 18, dinobatkan sebagai juara.

Mohd. Taufiq yang merupakan pelajar tingkatan enam dari Pendang mengenepikan 13 finalis lain sementara tempat kedua dimenangi oleh penyanyi sambilan, Muhammad Hanizam Azman, 22, dan Intan Madura Zulkifli, 26, meraih tempat ketiga.

Juara pertandingan anjuran Utusan Malaysia dan RTM dengan kerjasama Suhan Movie Trading itu membawa pulang hadiah wang tunai RM500, tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment