My Add

Sunday 27 January 2013


Sikap sesetengah doktor pelatih yang sangat manja ditegur


KOTA BHARU, SABTU, 26 Januari, 2013: Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir menyuarakan kebimbangan beliau mengenai sikap segelintir doktor pelatih yang disifatkan sangat manja apabila tidak mampu melakukan banyak kerja serta menyerap tekanan kerana ia boleh menjejaskan profesionalisme kedoktoran negara pada masa hadapan.

Beliau berkata, sikap doktor pelatih itu yang rata-ratanya masih muda dibimbangi akan merosakkan nama baik serta kualiti kerjaya kedoktoran.

Ahmad Razin berkata, doktor pelatih perlu sedar bahawa latihan selama 10 tahun atau lebih merupakan tempoh untuk mereka mendapat ilmu secukupnya untuk menjadi seorang doktor perubatan berwibawa, mampu berdikari dan boleh membuat keputusan mengenai keadaan pesakit.

“Nak dapat ilmu pengetahuan, mereka perlu melihat lebih ramai pesakit, lebih banyak prosedur perubatan, lebih banyak menghabiskan masa di hospital. Kemudian barulah mereka lebih berkeyakinan dan berpengetahuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment