My Add

Wednesday, 2 January 2013

Anak Pengarah Urusan DCL tersepit celah batu

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan Putra Faisal Stapa yang tersepit di celah batu di kolam renang sebuah hotel di Subang, semalam.

SUBANG JAYA, SELASA, 01 Januari, 2013: Keriangan keluarga Pengarah Urusan Syarikat De Classic Life (DCL), Datuk Azlina Che Abdullah bercuti sempena sambutan tahun baharu bertukar menjadi igauan ngeri apabila anaknya tersepit selama tiga jam di celah batu di dalam kolam renang di sebuah hotel lima bintang, di sini hari ini.

Semasa kejadian, anak kedua Azlina, Putra Faisal Stapa, 13, difahamkan sedang berenang bersama sembilan lagi kanak-kanak termasuk adik-beradiknya di kolam renang hotel tersebut, kira-kira pukul 10 pagi.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba Putra Faisal menjerit dan mengatakan tidak dapat naik ke atas kerana badannya tersepit di celah batu konkrit yang dipasang untuk memisahkan kolam dewasa dan kolam kanak-kanak - UTUSAN

No comments:

Post a Comment