My Add

Wednesday, 2 January 2013

Penantian 7 tahun berakhir


Oleh HAFIZHAN RAHMAT

*QUAN Sou Ling gembira setelah mendapat cahayamata pertamanya pada 5.47 pagi di Pusat Perubatan Pantai, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2013: Kehadiran tahun baharu 2013 nyata memberi seribu makna kepada pasangan suami isteri ini apabila menyambut anak pertama mereka setelah tujuh tahun menanti.

Pasangan terbabit, Quan Sou Ling dan suami, Li Hae Choy masing-masing berumur 36 tahun, cukup gembira dengan kelahiran anak lelaki sulong mereka itu lebih-lebih lagi apabila Sou Ling pernah mengalami dua kali keguguran sebelum ini.

Menurut Sou Ling, berkat kesabaran dia dan suami, bayi mereka akhirnya berjaya dilahirkan secara normal tepat pukul 5.47 pagi tadi.

"Kelahiran anak pertama ini sememangnya amat menggembirakan kerana kehadirannya melengkapkan hidup kami sebagai sebuah keluarga," katanya.. . - UTUSAN

No comments:

Post a Comment