Anggota polis mengaku tidak bersalah pertuduhan rasuah RM6,000
IPOH, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah meminta dan menerima wang berjumlah RM6,000.
Sarjan Md Hamdari Wakidi, 53, didakwa melakukan kesalahan itu sebagai ganjaran bagi menutup kes cabul yang dilakukan seorang pengusaha restoran.
Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan 18 Februari depan bagi sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan ikat jamin RM4,000. - BH
No comments:
Post a Comment