My Add

Friday 4 January 2013

AS denda Transocean AS$1.4 bilion sebabkan pencemaran minyak

 




*BENCANA kebocoran minyak atau Krisis Deepwater Horizon di Teluk Mexico pada April 2010.



WASHINGTON, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini mendenda syarikat penggali minyak, Transocean Deepwater AS$1.4 bilion atas kesalahan jenayah dan awam sehingga menyebabkan berlakunya bencana kebocoran minyak atau Krisis Deepwater Horizon di Teluk Mexico pada 2010.

Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan semalam berkata, Transocean mengaku bersalah melanggar Akta Air Bersih ketika melakukan kerja penggalian minyak di teluk berkenaan sehingga mengorbankan 11 orang dan menyebabkan lebih 4.9 juta tong minyak tumpah di Teluk Mexico.

Kejadian itu berlaku pada 20 April 2010 ketika kapal Transocean Deepwater Horizon sedang melakukan kerja menggali telaga minyak untuk firma gergasi BP.

Dalam kenyataan itu, Transocean mengaku pekerjanya lalai dalam memastikan bahawa telaga minyak Macondo adalah tidak selamat untuk kerja penggalian minyak dan gas.

Firma berkenaan diperintah membayar AS$400 juta untuk penyelesaian kes jenayah manakala AS$1 bilion lagi sebagai denda penalti untuk kes jenayah awam.

Sebahagian bayaran denda jenayah awam itu digunakan bagi tabung untuk kerja pemuliharaan alam sekitar bagi lima negara yang terbabit dalam bencana pemcemaran laut selama tiga bulan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment